Pukul enam petang, saya dah siap pakai baju Melayu warna biru firus yang dipilih saat-saat akhir. Pada mulanya rancang nak pakai baju warna lain, tapi akhirnya baju itu juga yang saya pilih, lengkap dengan sampin sakali. Hmm.. dah segak-segak ni, terasa macam nak pi kahwin pulak. Rasanya tak salah berangan kan??. Untuk mengelakkan terlewat sampai, saya, Nizam, Ikram dan Chin bertolak awal ke Safira Country Club, Seberang Jaya untuk menghadiri Hari Kualiti Peringkat Negeri yang diadakan di sana.
Perjalanan yang lancar pada mulanya kian perlahan selepas melepasi Queensbay Mall. Kebetulan minggu ini kerana cuti umum tiga hari berturut-turut. Jadi aliran trafik semakin teruk dan kereta melimpah-limpah menghala ke Jambatan Pulau Pinang. Arghh.. Sungguh tertekan saya berada dalam kesesakan lalu lintas luar biasa seperti ini. Walaupun perjalanan melintasi Jambatan Pulau Pinang biasanya mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit, malam ini perjalanan 13.5 meter mengambil masa satu jam setengah!. Aliran trafik akhirnya kembali lancar selepas Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang.
Pukul lapan malam, kami akhirnya selamat sampai ke Safira selepas berpusing-pusing mencari jalan yang betul
Gambar-gambar yang sempat saya rakam...
Antara hadiah yang saya dapat
Nota kaki : Ya Allah, sesungguhnya aku amat bersyukur di atas rezeki yang Engkau kurniakan ini...