Navigation Bar

Sunday, December 27, 2009

BERBALOI-BALOI...

Jam menunjukkan tepat pukul lima petang. Hati mula gelisah hujan rintik-rintik mula bertukar lebat. Ish, macamana nak pi Safira ni?, saya bertanya sendiri. Jadi, mahu tidak mahu terpaksalah saya redah juga hujan yang semakin lebat untuk balik ke rumah dengan segera sebab janji dengan Nizam nak pi Safira pukul 6 petang. Maknanya, saya cuma ada masa sejam saja lagi untuk bersiap. Nasib baik rumah saya dekat saja dengan pejabat, lima minit dah boleh sampai.

Pukul enam petang, saya dah siap pakai baju Melayu warna biru firus yang dipilih saat-saat akhir. Pada mulanya rancang nak pakai baju warna lain, tapi akhirnya baju itu juga yang saya pilih, lengkap dengan sampin sakali. Hmm.. dah segak-segak ni, terasa macam nak pi kahwin pulak. Rasanya tak salah berangan kan??. Untuk mengelakkan terlewat sampai, saya, Nizam, Ikram dan Chin bertolak awal ke Safira Country Club, Seberang Jaya untuk menghadiri Hari Kualiti Peringkat Negeri yang diadakan di sana.

Perjalanan yang lancar pada mulanya kian perlahan selepas melepasi Queensbay Mall. Kebetulan minggu ini kerana cuti umum tiga hari berturut-turut. Jadi aliran trafik semakin teruk dan kereta melimpah-limpah menghala ke Jambatan Pulau Pinang. Arghh.. Sungguh tertekan saya berada dalam kesesakan lalu lintas luar biasa seperti ini. Walaupun perjalanan melintasi Jambatan Pulau Pinang biasanya mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit, malam ini perjalanan 13.5 meter mengambil masa satu jam setengah!. Aliran trafik akhirnya kembali lancar selepas Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang.

Pukul lapan malam, kami akhirnya selamat sampai ke Safira selepas berpusing-pusing mencari jalan yang betul Pengajaran : Lain kali guna GPS . Namun apa yang saya tidak dapat lupakan, nama saya terselit antara penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji 2009. Alhamdulillah, memang rezeki saya walaupun pemilihan ini tidak dijangka. Alhamdulillah, harap-harap lepas ni ada rezeki untuk Anugerah Pekerja Cemerlang pulak. Amin... Apa yang pasti, anugerah ini memang menjadi perangsang untuk saya berusaha dengan lebih gigih pada masa depan. Semoga anugerah ini juga menjadi pendorong kepada rakan-rakan seangkatan yang lain untuk bersaing dengan sihat. Majlis pada malam ni berakhir setekat ini sahaja. Saya pulang ke rumah dengan senyuman yang tidak lekang di bibir mengenangkan perjalanan yang berbaloi-baloi malam ini...

Gambar-gambar yang sempat saya rakam...

Persembahan nasyid daripada rakan-rakan sepejabat saya


Antara hadiah yang saya dapat

Nota kaki : Ya Allah, sesungguhnya aku amat bersyukur di atas rezeki yang Engkau kurniakan ini...

Friday, December 18, 2009

LANGKAH PERTAMA BERMULA...

Alhamdulillah, selepas sekian lama saya rancang nak ada blog sendiri, hari ini impian itu dapat direalisasikan juga akhirnya. Hmm.. sebelum ni memang sibuk je memanjang. Jadi kesempatan cuti tiga hari selama tiga minggu berturut-turut (hooray!!!!) akan digunakan sebaik-baiknya untuk mencurahkan idea saya yang telah lama disimpan. Secara kebetulan, 1 Muharram 1431H disambut pada hari Jumaat, iaitu penghulu segala hari. Pada pandangan saya, inilah hari yang sesuai untuk memulakan langkah pertama...

Kepada semua umat Islam, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431H. Bersamalah kita "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah" selaras dengan tema sambutan Maal Hijrah tahun 1431H/2009M.
Related Posts with Thumbnails