Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci di antara dua insan yang telah ditakdirkan bersama. Melangkah ke gerbang perkahwinan bermakna kita telah membuka satu lagi lembaran baru dalam kehidupan. Secara tidak langsung, tanggungjawab yang digalas semakin bertambah dan janji yang dikota ditagih pelaksanaannya. Namun apa yang dikesalkan, banyak daripada kita tidak memahami falsafah perkahwinan yang sebenarnya hingga menyebabkan kes penceraian semakin meningkat saban hari. Jika semasa bercinta
Ada yang menganggap perkahwinan adalah satu cara untuk mengelakkan daripada berlakunya maksiat. Daripada satu sudut, pendapat tersebut memang ada kebenarannya. Namun perlu diingat bahawa perkahwinan bukanlah hanya bertujuan untuk melepaskan nafsu syahwat sahaja kerana masih banyak aspek yang perlu diambil kira. Pada saya, adalah tidak berbaloi sekiranya perkahwinan dibina atas tuntutan nafsu semata-mata, tetapi akhirnya musnah di pertengahan jalan. Justeru, persiapan memasuki alam perkahwinan perlulah dimulakan sejak awal lagi merangkumi aspek zahir dan batin. Sekiranya masih ada kekurangan, ia boleh diperbaiki daripada semasa ke semasa asalkan kita ada iltizam untuk membaiki diri. Usaha yang berterusan perlulah dijalankan demi mencari sebuah kebahagiaan.
Secara tuntasnya, lafaz "aku terima nikahnya" hadir bersama pakej tanggungjawab sebagai suami atau isteri yang perlu ditunaikan. Apa yang penting, kita seharusnya menyedari bahawa selain dapat memenuhi tuntutan rohani dan jasmani, perkahwinan juga dapat menjalinkan persaudaraan antara pihak lelaki dan perempuan serta memberi ketenangan jiwa. Selain itu, kita juga harus mengetahui bahawa melayari bahtera perkahwinan bukanlah semudah yang dijangka. Jika tersalah langkah, pastinya bahtera akan hanyut dibawa arus dan gelora. Justeru, pengetahuan mendalam mengenai ilmu berumahtangga adalah penting dalam mengisi kerukunan sesebuah perkahwinan...
Nota kaki : Sumber gambar daripada Google