Pulau Dayang Bunting Dan Pulau Beras Basah
Ketika lawatan ke sana baru-baru ini, saya berpeluang untuk menjelajah ke beberapa buah pulau di sekitar perairan Pulau Langkawi seperti Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah. Selain dapat berehat dan bersiar-siar di kedua-dua buah pulau, para pelancong juga dibawa untuk melihat helang makan secara bebas di Teluk Pulau Singa Besar. Perjalanan yang memakan masa kira-kira empat jam ini pada pendapat saya adalah berbaloi kerana dapat melihat keindahan Pulau Langkawi daripada perspektif yang berbeza.

Beras Terbakar
Terletak 17 kilometer dari Pekan Kuah, Beras Terbakar juga mempunyai keistimewaannya tersendiri. Satu ketika dahulu, halaman rumah salah seorang penduduk kampung iaitu Ku Halim Bin Ku Hassan pernah dijadikan tapak untuk memusnahkan bekalan beras bagi mengelakkan ia dirampas oleh pihak Siam. Kesemua beras telah dibakar dan kesannya masih dapat dilihat sehingga kini.

Laman Padi yang mula dibuka pada tahun 1998 merupakan sebuah produk yang berasaskan eco-pelancongan di Pulau Langkawi. Laman padi mempunyai kawasan berkeluasan 14.28 ekar berkonsepkan kawasan pertanian dan 8.60 ekar berkonsepkan alam semulajadi perkampungan. Terbahagi kepada beberapa galeri seperti Galeri Warisan, Galeri Padi, Laman Herba dan Laman Variasi, Laman padi sesuai dijadikan lokasi untuk dilawati kepada pelancong yang ingin mengetahui kaedah penanaman padi yang lengkap.
Ayer Hangat Village
Merupakan kolam air panas tunggal yang mengeluarkan air masin di Semenanjung Malaysia, Ayer Hangat Village adalah satu lagi lokasi yang mesti dilawati jika berada di Pulau Langkawi. Para pelancong boleh merendamkan kaki seketika di dalam kolam yang disediakan dan merasai kesegarannya selepas itu. Air panas di sini dipercayai dapat mengubati beberapa penyakit seperti sakit sendi, sakit badan, arthritis dan pelbagai penyakit kulit.
Galeria Perdana
Saya juga berkesempatan untuk melawat Galeria Perdana selepas bersiar-siar di Ayer Hangat Village. Galeria Perdana merupakan sebuah galeri yang mempamerkan barangan cenderamata yang diterima oleh Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohd Ali. Saya difahamkan, koleksi barangan pameran di sini sentiasa ditukar dari semasa ke semasa untuk memberi peluang kepada pelancong melihat kesemua koleksi cenderamata yang dihadiahkan kepada beliau sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
Pengalaman menaiki Kereta Kabel Langkawi (Langkawi Cable Car) merupakan pengalaman yang paling mengujakan saya. Terdapat tiga stesen utama yang menghubungkan kaki Gunung Mat Chinchang dengan puncaknya iaitu stesen bawah, stesen tengah dan stesen atas. Perjalanan dari stesen bawah di Oriental Village menuju ke puncak gunung dengan jarak sepanjang 2.2 kilometer tidaklah membosankan kerana para pelancong dihidangkan dengan kehijauan hutan hujan tropika yang dianggarkan berusia 450 hingga 550 juta tahun. Di stesen atas dengan ketinggian 700 meter dari paras laut, para pelancong boleh melihat kepulauan di sekitar Pulau Langkawi dan Selatan Thailand
Pemandangan Indah
Nama Pemandangan Indah mungkin janggal pada sesetengah pelancong. Namun, Pemandangan Indah juga boleh dijadikan salah satu lokasi yang dilawati ketika berada di Pulau Langkawi. Pemandangan Indah merupakan salah satu lokasi untuk melihat anak bulan bagi menentukan tarikh permulaan puasa dan Hari Raya Aidilfitri. Walaupun tidaklah setinggi Gunung Mat Chinchang, Pemandangan Indah tetap menjanjikan pemandangan yang meneraik daripada puncak bukit.
Sekadar ini sahaja perkongsian lawatan saya ke Pulau Langkawi pada kali ini. Walaupun hampir setiap tahun saya akan menjejakkan kaki ke sini, saya masih ingin datang ke Pulau Langkawi pada masa hadapan sekiranya diizinkan. Sesungguhnya, tidak terasa masa yang pantas berlalu sepanjang berada di sini.Pengalaman baru yang dilalui juga pastinya sentiasa kekal dalam ingatan.