Navigation Bar

Monday, January 13, 2014

NIKMATNYA BERJEMAAH...



Di dalam hidup ini, tentunya sunyi jika kita hidup berseorangan. Tidak dinafikan, kadangkala kita memerlukan ruang untuk bersendirian. Namun, pastinya lebih bermakna jika sesuatu aktiviti dapat dilakukan bersama-sama dengan orang lain. Jadi, ayuh kita lihat bagaimana melakukan sesuatu dengan berjemaah itu sebenarnya mempunyai fadilat yang besar untuk dihayati.
 
1. Allah sayang kepada Muslim yang saling menyayangi.

 "Ada tujuh golongan yang Allah lindungi pada hari yang tiada pelindungan lain selain perlindungan Allah, antaranya dua orang yang saling mencintai kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya". (Riwayat al-Tarmizi)

 2. Asas kekuatan seorang Muslim.

 "Seseorang Mukmin terhadap Mukmin lain seperti bangunan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain". (Riwayat Muslim)

3. Keberkatan Allah bersama jemaah.

 "Makanlah secara beramai-ramai dan jangan makan secara bertaburan. Sesungguhnya keberkatan itu bersama jemaah". (Riwayat Ibn Majah)

4. Kerja yang sukar menjadi senang.

 "Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu sekumpulan manusia yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat makruf dan melarang perbuatan mungkar. Mereka itulah orang yang mendapat kejayaan". (Surah Ali'Imran 3:104)

5. Kerja berkumpulan menyihatkan.

 Di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah, satu terapi digunakan untuk mengubati pesakit yang tertekan atau mengalami kekecewaan yang parah. Caranya, pesakit dikumpulkan dalam sebuah kumpulan. Mereka bertemu secara rutin dengan bimbingan seorang doktor. Realitinya tiada ada yang dilakukan oleh doktor, kecuali mengarahkan peserta saling bercerita dan mendengar pengalaman masing-masing. Hasilnya, ramai yang sembuh setelah menjalani terapi tersebut.


Umpama sebatang lidi mungkin mudah untuk dpatahkan, namun jika seikat lidi diletakkan bersama-sama mungkin keadaannya menjadi sebaliknya, Ini membuktikan kerjasama antara satu sama lain itu amat bermakna dalam merubah sesuatu perkara yang mungkin pada awalnya kelihatan mustahil. Jadi, bersamalah kita melakukan aktiviti harian secara berjemaah kerana jemaah adalah kunci kekuatan insan.


Dipetik dan diubahsuai daripada Majalah Solusi isu 54
Related Posts with Thumbnails