Navigation Bar

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKAKAH KITA ?

Beberapa hari yang lalu, saya berkunjung ke Pasaraya Tesco untuk membeli keperluan berbuka puasa. Berikut merupakan sikap buruk masyarakat kita yang dapat saya lihat :

Pek kurma yang dibuka kemudian dibiarkan

Buah-buahan campuran ditinggalkan di tempat keropok

Tempat parkir kereta ke tempat parkir troli?

Bakul yang dipenuhi barang tetapi tidak diketahui pemiliknya


Pepsi yang ditinggalkan di rak Tesco Choice Cola


Saya sendiri masih tidak pasti, benarkah masyarakat kita telah MERDEKA mindanya seperti yang dicanang?. Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 52 Tahun...

Tuesday, August 24, 2010

BILA SUSU DIBALAS TUBA...

Disaat kita memberi keizinan untuk rakyat mereka mencari rezeki di negara kita,
inikah BALASAN yang patut kita terima???

Sumber : Harian Metro, 24 Ogos 2010


ANTARA LAPORAN DI PERENGGAN TERAKHIR

...wakil kumpulan kemudian memberitahu wartawan bahawa mereka memberi kata dua kepada polis Indonesia, iaitu lepaskan rakan mereka daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini. Operasi dikenali sebagai "Sweeping Rakyat Malaysia" itu dirancang dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Dinoponegoro, Menteng, di sini - Bernama.

Adakah situasi ini boleh dianggap
Susu

DIBALAS

Tuba???



Nota kaki : Entri ini bukanlah bertujuan untuk mencemarkan semangat serumpun yang sedia terjalin. Sekadar luahan untuk renungan kita bersama kerana menjatuhkan maruah negara lain bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Thursday, August 19, 2010

FALSAFAH DULU DAN SEKARANG...

Falsafah orang dulu
.
.
.


"SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN,
SAYANG ISTERI TINGGAL-TINGGALKAN"



Falsafah orang sekarang
.
.
.


Benci anak tinggal-tinggalkan...



Benci isteri tangan-tangankan...

Kalau rasa nak pijak pun boleh....

Ish..ish..ish..ish..ish.. (Sekadar meminjam ayat pemilik blog KomenSen)

Nota kaki : Gambar-gambar dipetik daripada akhbar Harian Metro 18/08/2010 dan 19/08/2010


Friday, August 13, 2010

ITU BARU HUKUMAN DUNIA ...

Harian Metro hari ini di muka surat 53 melaporkan...

DAKWA IKUT SEKSYEN 302
Kabinet arah kes buang bayi disiasat atas pertuduhan membunuh membawa hukuman gantung sampai mati


Mungkinkah hukuman ini akan MENAKUTKAN bakal-bakal pelaku???



Manakala di muka surat 57 akhbar yang sama...

BAYI DALAM PEMBETUNG
Kanak-kanak main mercun jumpa mayat tertiarap

PERINGATAN KEPADA SI PELAKU YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB :
(dan juga kepada diri sendiri supaya menjauhi perbuatan tidak bermoral seperti ini)


Anda mungkin pesalah-pesalah (sebab lelaki & perempuan) pertama yang dikenakan hukuman gantung sampai mati. Bersedialah anda kerana keadilan akan muncul jua akhirnya. Segeralah insaf di atas kesalahan anda membunuh nyawa yang tidak berdosa. Hukuman ini hanya hukuman di dunia semata-mata. Jangan lupa hukuman berat di akhirat yang menanti..

Pesanan penaja : Kepada adik dalam gambar kedua di atas , main la mercun banyak-banyak. Katil hospital masih banyak kalau adik nak duduk masa hari raya nanti...

Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI...

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Surah Al-Baqarah : 183-184)

Bulan Ramadhan, bulan yang penuh rahmat dan keberkatan datang lagi. Kedatangannya setahun sekali memang dinantikan oleh sekalian umat Islam. Pada bulan ini, pintu-pintu syurga dibuka manakala pintu-pintu neraka ditutup membuktikan keistimewaannya berbanding bulan-bulan yang lain. Justeru, bersama-samalah kita mengimarahkan bulan Ramadhan dengan aktiviti yang dianjurkan oleh agama. Bulan ini sewajarnya dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin kerana kita sendiri tidak pasti adakah kita masih berpeluang menemuinya pada tahun hadapan...
Nota kaki : Gambar hiasan semata-mata. Sumber daripada Google.

Tuesday, August 10, 2010

OH RAMADHAN ... OH SYAWAL ...

Sumber : Google
Bulan Syaaban baru hendak malabuhkan tirainya. Biarpun perjalanan menuju Aidilfitri masih jauh, kehangatan untuk menyambut Syawal lebih terasa dibandingkan dengan semangat untuk menanti kehadiran bulan Ramadhan. Apa tidaknya, dua minggu sebelum Ramadhan para peniaga sudah berlumba-lumba menjual aneka persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sebut sahaja kuih-muih, hiasan rumah mahupun pakaian, semuanya telah siap dijual di kedai-kedai. Malahan, sudah ada pasaraya yang rancak memulakan jualan hari raya. Alasan yang diberikan amat mudah iaitu untuk memudahkan pelanggan berbelanja. Daripada satu sudut, alasan tersebut memang dapat diterima kerana ada sebilangan daripada kita yang lebih suka membuat persiapan awal. Namun daripada sudut yang lain, jualan seperti ini sepatutnya dijalankan pada waktu yang lebih bersesuaian. Tidak salah rasanya untuk kita memulakan jualan Aidilfitri ini selepas memasuki bulan Ramadhan. Apa yang dibimbangi, semangat untuk menyambut kehadiran Ramadhan kian hilang disebalik aura Aidilfitri yang masih belum dijamin kita dapat merayakannya..

Friday, August 6, 2010

SELAMATKAN HUTAN KITA...


Hutan di negara kita merupakan antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Namun sayangnya, pencerobohan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab semakin memusnahkan khazanah alam ini.

Justeru, tanggungjawab memelihara hutan adalah dipikul oleh kita bersama. Bersama kita menghargai hutan kerana apa yang kita ada hari ini hanyalah pinjaman daripada Allah yang satu...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gambar sisipan


Teringat kenangan ketika berada di Royal Belum, Tasik Temengor beberapa bulan lalu. Apa yang pasti, keindahannya sukar digambarkan dengan kata-kata. Jika ingin membaca pengalaman saya berada di sana, bolehlah klik di sini.


Nota kaki :
Iklan Save Our Forests di atas dipetik daripada laman web bonuslink sempena kempen pemeliharaan hutan yang dianjurkan. Maklumat lanjut boleh klik di sini

Related Posts with Thumbnails