Navigation Bar

Tuesday, August 10, 2010

OH RAMADHAN ... OH SYAWAL ...

Sumber : Google
Bulan Syaaban baru hendak malabuhkan tirainya. Biarpun perjalanan menuju Aidilfitri masih jauh, kehangatan untuk menyambut Syawal lebih terasa dibandingkan dengan semangat untuk menanti kehadiran bulan Ramadhan. Apa tidaknya, dua minggu sebelum Ramadhan para peniaga sudah berlumba-lumba menjual aneka persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sebut sahaja kuih-muih, hiasan rumah mahupun pakaian, semuanya telah siap dijual di kedai-kedai. Malahan, sudah ada pasaraya yang rancak memulakan jualan hari raya. Alasan yang diberikan amat mudah iaitu untuk memudahkan pelanggan berbelanja. Daripada satu sudut, alasan tersebut memang dapat diterima kerana ada sebilangan daripada kita yang lebih suka membuat persiapan awal. Namun daripada sudut yang lain, jualan seperti ini sepatutnya dijalankan pada waktu yang lebih bersesuaian. Tidak salah rasanya untuk kita memulakan jualan Aidilfitri ini selepas memasuki bulan Ramadhan. Apa yang dibimbangi, semangat untuk menyambut kehadiran Ramadhan kian hilang disebalik aura Aidilfitri yang masih belum dijamin kita dapat merayakannya..

No comments:

Related Posts with Thumbnails