SEJARAH
Ada beberapa mitos yang mengaitkan asal-usul nama Terengganu iaitu :
- Ada sekumpulan rombongan daripada Pahang telah datang memburu di kawasan hulu dan telah berjumpa dengan sebatang taring namun tidak dapat memastikan taring haiwan apakah yang dijumpai dan hanya disebut taring anu. Tempat penemuan taring tersebut sering disebut dan akhirrnya menjadi Terengganu.
- Sumber kedua menyatakan nama Terengganu berasal daripada nama sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Terangan. Kuala Sungai Terangan adalah pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Terangan dan Sungai Kerbat. Apabila ingin berulang-alik di antara kedua-dua sungai, penduduk setempat sering menyebut Terangan nu dan kemudiannya dipelatkan menjadi Terengganu
- Sumber ketiga mengaitkan nama Terengganu dengan peristiwa sekumpulan pelajar dari Kelantan yang melihat pelangi di langit apabila tiba di sebuah kuala. Setelah balik ke Kelantan, mereka menceritakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya" dan seterusnya disebut Terengganu.
KEDUDUKAN GEOGRAFI
Terengganu terletak di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri yang berkeluasan 12,955 kilometer persegi ini bersempadan dengan Negeri Kelantan di bahagian utara dan barat laut, Laut China Selatan di bahagian timur serta Negeri Pahang di bahagian selatan dan barat dayanya. Terengganu mempunyai tujuh buah daerah iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.
POPULASI PENDUDUK
Populasi penduduk Negeri Terengganu pada tahun 2010 adalah seramai 1,035,977 orang. Hampir 95 peratus penduduk adalah terdiri daripada kaum Melayu, manakala bakinya terdiri daripada kaum-kaum lain.
ANTARA LOKASI MENARIK UNTUK DILAWATI
Bandar Kuala Terengganu
Terkenal dengan jolokan Bandaraya Warisan Pesisir Air, Kuala Terengganu mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Antara lokasi-lokasi yang sering dikunjungi oleh para pelancong adalah Pasar Besar Kedai Bayang, Baazar Warisan, Dataran Shahbandar, Bukit Puteri, Taman Tamadun Islam, Kampung Losong, Pasar Batu Enam dan sebagainya.
Pasar Besar Kedai Payang
Bazaar Warisan
Baazar Warisan terletak berhampiran Pasar Besar Kedai Payang dan Bukit Puteri. Secara peribadi, saya mengagumi keindahan senibina bazaar ini yang masih mengekalkan motif tradisional Melayu. Walaupun jumlah peniaga dan pengunjung di bazaar ini jauh berbeza dengan Pasar Besar Kedai Payang, kompleks tiga tingkat ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Apa tidaknya, para pelancong boleh melihat dengan jelas muara Sungai Terengganu daripada tingkat atas Baazar Warisan ini.
Dataran Shahbandar
Dataran Shahbandar lazimnya dijadikan lokasi untuk dijadikan acara-acara besar di Negeri Terengganu. Setelah penat membeli-belah di sekitar Pasar Besar Kedai Payang dan Baazar Warisan, para pelancong bolehlah menghilangkan lelah seketika di dataran ini. Disamping menghirup kesegaran angin Sungai Terengganu, mata juga pasti terpesona dengan pemandangan bot-bot kecil nelayan yang berulang-alik ke Kampung Seberang Takir.
Bukit Puteri
Bukit Puteri yang berkeluasan kira-kira 0.688 hektar dan berketinggian lebih kurang 200 meter merupakan kubu pertahanan Negeri Terengganu satu ketika dahulu. Tinggalan artifak di puncak bukit ini seperti genta (loceng besar), kubur, rumah api dan tiang bendera masih boleh dilihat pada hari ini. Terdapat dua batang jalan untuk mendaki ke bukit ini iaitu menggunakan laluan di dalam Baazar Warisan atau menggunakan laluan di kompleks Bukit Puteri yang terletak bersebelahan Baazar Warisan. Ketika berada di Kuala Terengganu, saya tidak sempat melawat ke puncak bukit ini kerana cuaca tidak mengizinkan.
Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man
Tidak lengkap kunjungan ke Negeri Terengganu tanpa singgah di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man. Taman bercirikan seni bina warisan Islam ini mula dibuka pada 3 Februari 2008 lagi. Terdapat dua buah zon utama di taman ini iaitu kawasan monumen senibina Islam dan Masjid Kristal. Setiap pelancong yang ingin melawat ke kawasan monumen senibina Islam dikenakan bayaran sebanyak RM 15.00 seorang dan tiada bayaran dikenakan jika ingin masuk ke Masjid Kristal. Antara monumen yang terdapat di dalam zon monumen senibina Islam adalah Masjidil Haram, Masjid Sultan Singapura, Taj Mahal India dan sebagainya.
Kampung Losong Haji Su
JIka sudah berada di Kuala Terengganu, jangan lupa singgah di Kampung Losong Haji Su. Sinonim dengan namanya, majoriti penduduk di kampung ini mengusahakan perniagaan keropok losong. Terdapat banyak gerai yang menjual keropok losong di sepanjang jalan kampung ini, namun saya memilih untuk membeli keropok di Keropok Losong Adik-Beradik. Walaupun terpaksaberdiri menunggu agak lama untuk memesan keropok memandangkan pelanggan yang ramai, semua penat lelah terbayar dengan keenakan rasa keropok losong di sini. Selain teksturnya lembut, keropok losong yang dijual juga disertakan sos percuma dalam setiap bungkus keropok yang dibeli.
Pasar Batu Enam
Dalam perjalanan balik ke Pulau Pinang, saya sempat singgah di Pasar Batu Enam. Pasar ini di bahagian luarnya kelihatan tiada beza dengan pasar-pasar yang lain. Sebaik melangkah masuk ke dalam, saya teruja melihat beraneka jenis kuih tradisional Negeri Terengganu. Jika sudah terlanjur datang ke sini, peluang untuk mencuba kelazatan kuih-muih ini seharusnya tidak boleh dilepaskan.
Sotong Celup Tepung
Sotong Celup Tepung atau popular dengan gelaran SCT adalah salah satu menu wajib cuba apabila melawat ke Terengganu. Salah sebuah gerai yang sempat saya singgah terletak di Pantai Rhu 10, Setiu. Selain Sotong Celup Tepung, gerai ini turut menyajikan Ikan Celup Tepung, Keropok Losong dan sebagainya.
Nasi Kerabu
Saya juga sempat singgah untuk makan nasi kerabu di sebuah gerai yang terletak bertentangan dengan Syahira Batik dan berhampiran dengan Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Nasi kerabu di gerai ini agak istimewa kerana dihidangkan bersama ayam bakar dan rasanya menepati selera saya.
Gambar A : Dodol Daun Nipah
Gambar B : Sata
Ini merupakan pengalaman pertama saya menikmati Dodol Daun Nipah. Rasa dodol ini agak berbeza dengan dodol yang biasa dijual apabila menjelang hari raya, namun sesuai dijadikan ole-oleh kepada keluarga. Dodol Daun Nipah ini mudah didapati di Pasar Besar Kedai Payang. Antara makanan lain yang menjadi ikon Negeri Terengganu adalah Sata. Walaupun bentuknya kelihatan biasa, namun rasa sata ini lazat dan sesuai dijadikan menu minum petang.
Alhamdulillah, dengan berakhirnya perjalanan saya ke Negeri Terengganu, maka lengkaplah sudah pengembaraan saya ke 14 buah negeri di Malaysia ini. Walaupun ada di antara negeri yang tidak dipaparkan di dalam blog inikerana lawatan dijalankan sebalum kewujudan blog, namun semuanya telah terangkum dalam lipatan sejarah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Negeri Terengganu, bolehlah melayari portal Kerajaan Negeri Terengganu di sini
Terkenal dengan jolokan Bandaraya Warisan Pesisir Air, Kuala Terengganu mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Antara lokasi-lokasi yang sering dikunjungi oleh para pelancong adalah Pasar Besar Kedai Bayang, Baazar Warisan, Dataran Shahbandar, Bukit Puteri, Taman Tamadun Islam, Kampung Losong, Pasar Batu Enam dan sebagainya.
Pasar Besar Kedai Payang
Nama Pasar Besar Kedai Payang sememangnya sudah terkenal di bibir pelancong yang datang ke Kuala Terengganu.Sebut sahaja apa sahaja yang dimahukan samaada makanan, batik, pakaian, perhiasan rumah, barangan tembaga, cenderamata dan sebagainya, pasti ada di sini. Berdasarkan pemerhatian, harga barangan di sini agak mahal, tetapi masih boleh dirunding jika pandai tawar-menawar.
Bazaar Warisan
Baazar Warisan terletak berhampiran Pasar Besar Kedai Payang dan Bukit Puteri. Secara peribadi, saya mengagumi keindahan senibina bazaar ini yang masih mengekalkan motif tradisional Melayu. Walaupun jumlah peniaga dan pengunjung di bazaar ini jauh berbeza dengan Pasar Besar Kedai Payang, kompleks tiga tingkat ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Apa tidaknya, para pelancong boleh melihat dengan jelas muara Sungai Terengganu daripada tingkat atas Baazar Warisan ini.
Dataran Shahbandar
Dataran Shahbandar lazimnya dijadikan lokasi untuk dijadikan acara-acara besar di Negeri Terengganu. Setelah penat membeli-belah di sekitar Pasar Besar Kedai Payang dan Baazar Warisan, para pelancong bolehlah menghilangkan lelah seketika di dataran ini. Disamping menghirup kesegaran angin Sungai Terengganu, mata juga pasti terpesona dengan pemandangan bot-bot kecil nelayan yang berulang-alik ke Kampung Seberang Takir.
Bukit Puteri
Bukit Puteri yang berkeluasan kira-kira 0.688 hektar dan berketinggian lebih kurang 200 meter merupakan kubu pertahanan Negeri Terengganu satu ketika dahulu. Tinggalan artifak di puncak bukit ini seperti genta (loceng besar), kubur, rumah api dan tiang bendera masih boleh dilihat pada hari ini. Terdapat dua batang jalan untuk mendaki ke bukit ini iaitu menggunakan laluan di dalam Baazar Warisan atau menggunakan laluan di kompleks Bukit Puteri yang terletak bersebelahan Baazar Warisan. Ketika berada di Kuala Terengganu, saya tidak sempat melawat ke puncak bukit ini kerana cuaca tidak mengizinkan.
Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man
Tidak lengkap kunjungan ke Negeri Terengganu tanpa singgah di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man. Taman bercirikan seni bina warisan Islam ini mula dibuka pada 3 Februari 2008 lagi. Terdapat dua buah zon utama di taman ini iaitu kawasan monumen senibina Islam dan Masjid Kristal. Setiap pelancong yang ingin melawat ke kawasan monumen senibina Islam dikenakan bayaran sebanyak RM 15.00 seorang dan tiada bayaran dikenakan jika ingin masuk ke Masjid Kristal. Antara monumen yang terdapat di dalam zon monumen senibina Islam adalah Masjidil Haram, Masjid Sultan Singapura, Taj Mahal India dan sebagainya.
Kampung Losong Haji Su
JIka sudah berada di Kuala Terengganu, jangan lupa singgah di Kampung Losong Haji Su. Sinonim dengan namanya, majoriti penduduk di kampung ini mengusahakan perniagaan keropok losong. Terdapat banyak gerai yang menjual keropok losong di sepanjang jalan kampung ini, namun saya memilih untuk membeli keropok di Keropok Losong Adik-Beradik. Walaupun terpaksa
Pasar Batu Enam
Dalam perjalanan balik ke Pulau Pinang, saya sempat singgah di Pasar Batu Enam. Pasar ini di bahagian luarnya kelihatan tiada beza dengan pasar-pasar yang lain. Sebaik melangkah masuk ke dalam, saya teruja melihat beraneka jenis kuih tradisional Negeri Terengganu. Jika sudah terlanjur datang ke sini, peluang untuk mencuba kelazatan kuih-muih ini seharusnya tidak boleh dilepaskan.
JALAN-JALAN CARI MAKAN
Sotong Celup Tepung
Sotong Celup Tepung atau popular dengan gelaran SCT adalah salah satu menu wajib cuba apabila melawat ke Terengganu. Salah sebuah gerai yang sempat saya singgah terletak di Pantai Rhu 10, Setiu. Selain Sotong Celup Tepung, gerai ini turut menyajikan Ikan Celup Tepung, Keropok Losong dan sebagainya.
Nasi Kerabu
Saya juga sempat singgah untuk makan nasi kerabu di sebuah gerai yang terletak bertentangan dengan Syahira Batik dan berhampiran dengan Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Nasi kerabu di gerai ini agak istimewa kerana dihidangkan bersama ayam bakar dan rasanya menepati selera saya.
Gambar A : Dodol Daun Nipah
Gambar B : Sata
Ini merupakan pengalaman pertama saya menikmati Dodol Daun Nipah. Rasa dodol ini agak berbeza dengan dodol yang biasa dijual apabila menjelang hari raya, namun sesuai dijadikan ole-oleh kepada keluarga. Dodol Daun Nipah ini mudah didapati di Pasar Besar Kedai Payang. Antara makanan lain yang menjadi ikon Negeri Terengganu adalah Sata. Walaupun bentuknya kelihatan biasa, namun rasa sata ini lazat dan sesuai dijadikan menu minum petang.
Alhamdulillah, dengan berakhirnya perjalanan saya ke Negeri Terengganu, maka lengkaplah sudah pengembaraan saya ke 14 buah negeri di Malaysia ini. Walaupun ada di antara negeri yang tidak dipaparkan di dalam blog ini
1 comment:
x bawa bini skali ker..huhuhuhu....:)
Post a Comment