SEJARAH
Terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Langkawi iaitu :
- Nama Langkawi wujud daripada kombinasi dua perkataan Melayu iaitu "lang" iaitu singkatan Burung Helang dan "kawi" yang merujuk kepada batu kawi. Pulau Langkawi dikatakan pernah menjadi tempat tinggal sekumpulan burung helang berbadan perang kemerah-merahan dan berkepala putih yang dikenali penduduk tempatan sebagai Burung Helang Kawi.
- Menurut buku The Legends Of Langkawi yang ditulis oleh Tun Mohamed Zahir, Langkawi hasil daripada gabungan dua perkataan Sanskrit iaitu "Langka" yang bermaksud keindahan dan "Wi" yang bermaksud tidak terkira.
Pulau Langkawi merupakan salah satu daerah di dalam Negeri Kedah Darul Aman. Pulau ini yang berkeluasan 47,848 meter persegi merupakan pulau terbesar dikalangan 99 gugusan buah pulau disekelilingnya. Pulau Langkawi terletak di utara Selat Melaka dan di selatan Laut Andaman. Terdapat lima buah mukim di Pulau Langkawi iaitu Mukim Kuah, Mukim Padang Matsirat, Mukim Bohor, Mukim Ulu Melaka dan Mukim Kedawang. Pulau Langkawi telah diberi status bebas cukai pada tahun 1987 dan kini dikenali sebagai Langkawi Geopark sejak 01 Jun 2007 merangkumi tiga Taman Georimba iaitu Machincang Cambrian Geoforest Park seluas 4,274 hektar, Kilim Karst Geoforest Park seluas 2,415 hektar dan Pulau Dayang Bunting Geoforest Park seluas 3,850 hektar.
POPULASI PENDUDUK
Berdasarkan perangkaan yang dijalankan pada tahun 2004, Pulau Langkawi dihuni oleh 85,336 orang penduduk. Majoriti penduduk adalah terdiri daripada Kaum Melayu.
ANTARA LOKASI MENARIK UNTUK DILAWATI
Langkawi Jetty Point
Dataran Lang
Dataran Lang menempatkan sebuah tugu helang berketinggian 12 meter sebagai simbol kewujudan nama Langkawi. Dataran ini lazimnya menjadi lokasi utama pelancong untuk bergambar sebagai kenang-kenangan di Pulau Langkawi.
Taman Lagenda
Taman Lagenda menghimpunkan 17 monumen daripada cerita-cerita dongeng yang pernah mewarnai Pulau Langkawi sebagai Pulau Lagenda seperti Dayang Bunting, Mat Chinchang dan Mat Raya, Belanga Pecah, Air Hangat dan sebagainya. Secara tidak langsung, pelancong akan lebih mudah memahami cerita-cerita tersebut dengan melihat penerangan pada setiap monumen yang dibina.
Kuah
Membeli-belah di Kuah semestinya ada dalam senarai aktiviti para pelancong yang datang ke Pulau Langkawi. Para pelancong pastinya akan rambang mata untuk memilih pelbagai barangan yang dijual seperti produk berasaskan coklat, pinggan-mangkuk dan sebagainya. Harga barangan yang dijual disini sememangnya lebih murah daripada biasabawa duit seguni pun akan habis namun saya dapati harganya semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Kota Mahsuri
Tidak lengkap kunjungan ke Pulau Langkawi jika tidak singgah di Kota Mahsuri. Kota Mahsuri merupakan sebuah kompleks sejarah yang dibina di perkampungan yang dipercayai pernah menjadi tempat tinggal Mahsuri satu ketika dahulu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di kompleks ini adalah menziarahi Makam Mahsuri, melihat barangan artifak di Muzium Mahsuri, merasai kedinginan air Telaga Mahsuri dan menonton persembahan kebudayaan di Panggung Mek Mulung.
Nusantara Maju Enterprise
Dalam perjalanan ke Pantai Cenang, saya sempat singgah sebentar ke Nusantara Maju Enterprise. Nusantara Maju Enterprise merupakan salah sebuah pusat perusahaan dan jualan produk berasaskan herba seperti bam dan minyak gamat. Disamping dapat melihat sendiri proses pembuatan, produk disini juga boleh dibeli dengan harga yang lebih rendah berbanding di Kuah.
Pantai Cenang
Pantai Cenang merupakan salah satu pantai yang terkenal di Pulau Langkawi. Melihat panorama matahari terbenam di sini agak mengasyikan saya. Berdasarkan keindahan pantainya, tidak hairanlah mengapa Pantai Cenang menjadi salah satu destinasi penginapan yang sering dipilih oleh para pelancong. Selain Pantai Cenang, variasi pantai lain yang terkenal di Pulau Langkawi adalah Pantai Tengah, Pantai Kok, Pantai Pasir Tengkorak, Pantai Pasir Hitam dan Pantai Tanjung Rhu.
Pulau-Pulau di sekitar Pulau Langkawi
Sepanjang beberapa kali kunjungan saya ke Pulau Langkawi, saya belum pernah sampai ke pulau-pulau di sekitar Pulau Langkawilalu di atas pun jadilah. Namun, saya masih rasa kagum dengan keindahannya yang sukar diungkap dengan kata-kata. Kepada pelancong yang mempunyai masa yang panjang, bolehlah memilih pakej melawat ke pulau-pulau sekitar Pulau Langkawi (Island Hopping) yang disediakan agen pelancongan. Antara pulau-pulau yang terkenal untuk aktiviti ini adalah seperti Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar, Pulau Dayang Bunting dan Pulau Payar.
Kunjungan ke Pulau Langkawi pasti menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Pulau Langkawi yang kini dikenali dengan gelaran "Langkawi Permata Kedah" sememangnya masih menyimpan rangkaian keindahan alam semulajadi berusia jutaan tahun yang masih terpelihara terutama di ketiga-tiga Taman Georimbanya. Usaha berterusan untuk membangunkan Pulau Langkawi sebagai Bandaraya Pelancongan perlulah dikekalkan seiring dengan nama Pulau Langkawi yang telah terkenal di mata dunia. Untuk maklumat lanjut berkenaan Pulau Langkawi, bolehlah melayari portal Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) disini.
Langkawi Jetty Point merupakan pintu masuk melalui jalan air ke Pulau Langkawi. Langkawi Jetty Point adalah jeti utama untuk semua feri penumpang berlabuh dimana ia menghubungkan Pulau Langkawi dengan Kuala Perlis, Kuala Kedah, Pulau Pinang dan Satun, Thailand. Terdapat beberapa lokasi menarik yang lain di sekitar Langkawi Jetty Point seperti Dataran Lang dan Taman Lagenda yang boleh dikunjungi dengan berjalan kaki dari sini.
Dataran Lang
Dataran Lang menempatkan sebuah tugu helang berketinggian 12 meter sebagai simbol kewujudan nama Langkawi. Dataran ini lazimnya menjadi lokasi utama pelancong untuk bergambar sebagai kenang-kenangan di Pulau Langkawi.
Taman Lagenda
Taman Lagenda menghimpunkan 17 monumen daripada cerita-cerita dongeng yang pernah mewarnai Pulau Langkawi sebagai Pulau Lagenda seperti Dayang Bunting, Mat Chinchang dan Mat Raya, Belanga Pecah, Air Hangat dan sebagainya. Secara tidak langsung, pelancong akan lebih mudah memahami cerita-cerita tersebut dengan melihat penerangan pada setiap monumen yang dibina.
Kuah
Membeli-belah di Kuah semestinya ada dalam senarai aktiviti para pelancong yang datang ke Pulau Langkawi. Para pelancong pastinya akan rambang mata untuk memilih pelbagai barangan yang dijual seperti produk berasaskan coklat, pinggan-mangkuk dan sebagainya. Harga barangan yang dijual disini sememangnya lebih murah daripada biasa
Kota Mahsuri
Tidak lengkap kunjungan ke Pulau Langkawi jika tidak singgah di Kota Mahsuri. Kota Mahsuri merupakan sebuah kompleks sejarah yang dibina di perkampungan yang dipercayai pernah menjadi tempat tinggal Mahsuri satu ketika dahulu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di kompleks ini adalah menziarahi Makam Mahsuri, melihat barangan artifak di Muzium Mahsuri, merasai kedinginan air Telaga Mahsuri dan menonton persembahan kebudayaan di Panggung Mek Mulung.
Nusantara Maju Enterprise
Dalam perjalanan ke Pantai Cenang, saya sempat singgah sebentar ke Nusantara Maju Enterprise. Nusantara Maju Enterprise merupakan salah sebuah pusat perusahaan dan jualan produk berasaskan herba seperti bam dan minyak gamat. Disamping dapat melihat sendiri proses pembuatan, produk disini juga boleh dibeli dengan harga yang lebih rendah berbanding di Kuah.
Pantai Cenang
Pantai Cenang merupakan salah satu pantai yang terkenal di Pulau Langkawi. Melihat panorama matahari terbenam di sini agak mengasyikan saya. Berdasarkan keindahan pantainya, tidak hairanlah mengapa Pantai Cenang menjadi salah satu destinasi penginapan yang sering dipilih oleh para pelancong. Selain Pantai Cenang, variasi pantai lain yang terkenal di Pulau Langkawi adalah Pantai Tengah, Pantai Kok, Pantai Pasir Tengkorak, Pantai Pasir Hitam dan Pantai Tanjung Rhu.
Pulau-Pulau di sekitar Pulau Langkawi
Sepanjang beberapa kali kunjungan saya ke Pulau Langkawi, saya belum pernah sampai ke pulau-pulau di sekitar Pulau Langkawi
Kunjungan ke Pulau Langkawi pasti menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Pulau Langkawi yang kini dikenali dengan gelaran "Langkawi Permata Kedah" sememangnya masih menyimpan rangkaian keindahan alam semulajadi berusia jutaan tahun yang masih terpelihara terutama di ketiga-tiga Taman Georimbanya. Usaha berterusan untuk membangunkan Pulau Langkawi sebagai Bandaraya Pelancongan perlulah dikekalkan seiring dengan nama Pulau Langkawi yang telah terkenal di mata dunia. Untuk maklumat lanjut berkenaan Pulau Langkawi, bolehlah melayari portal Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) disini.
No comments:
Post a Comment