ANTARA LOKASI MENARIK UNTUK DILAWATI
Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan (Istana Jahar)
Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan yang juga dikenali sebagai Istana Jahar telah siap dibina pada tahun 1887. Istana ini asalnya adalah istana Raja Bendahara Tengku Long Kundor Sultan Ahmad yang kemudiaannya dijadikan hadiah perkahwinan kepada cucunda baginda. Istana ini kemudiaannya telah ditukar fungsi menjadi muzium dan telah dirasmikan oleh Sultan Tuanku Ismail Petra pada 27 Julai 1992.
Pintu Gerbang Sultan Ismail Petra
Salah satu ikon Kota Bharu yang perlu dikunjungi adalah Pintu Gerbang Sultan Ismail Petra. Pintu gerbang ini telah dibina sebagai memperingati pengisytiharan Kota Bharu sebagai kota budaya. Keunikan rekabentuk pintu gerbang ini menjadikannya lokasi yang selalu dikunjungi oleh pelancong untuk bergambar kenangan.
Padang Merdeka
Padang Merdeka terletak bertentangan dengan Pintu Gerbang Sultan Ismail Petra dan boleh dikunjungi dengan berjalan kaki dari sana. Padang Merdeka sebelum ini dikenali sebagai Padang Bank dan ditukar nama kepada Padang Merdeka sempena kemerdekaan negara pada tahun 1957. Mengikut sejarah, Padang Merdeka pernah menjadi tempat pahlawan Melayu, Tok Janggut digantung. Padang Merdeka kini menempatkan Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama sebagai mengingati wira-wira yang telah terkorban.
Pasar Siti Khadijah
Pasar Siti Khadijah terkenal sebagai lokasi membeli-belah sekiranya berkunjung ke Kota Bharu. Pasar Siti Khadijah mempunyai tiga tingkat bangunan dan barangan yang dijual adalah berbeza untuk setiap tingkat, iaitu makanan basah di tingkat bawah, makanan kering di tingkat dua dan tekstil di tingkat tiga. Perletakan batu asas Pasar Siti Khadijah telah dilakukan pada 20 Mei 1983 dan mula dibuka kepada orang awam pada tahun 1985. Pada mulanya, pasar ini dikenali dengan nama Pasar Pusat Buluh Kubu dan kemudiannya ditukar namanya kepada Pasar Siti Khadijah pada tahun 1997 mengambil sempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang menjadi contoh kegigihan wanita dalam perniagaan.
Wakaf Che Yeh
Satu lagi lokasi membeli-belah yang patut dikunjungi jika berkunjung ke Kota Bharu adalah Wakaf Che Yeh. Wakaf Che Yeh yang berkeluasan suku ekar terletak kira-kira empat kilometer dari Bandar Kota Bharu. Pada pandangan saya, harga produk di sini dijual harga yang jauh lebih murah berbanding produk sama yang dijual di Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu atau pasaraya di sekitar Kota Bharu terutama produk tekstil. Jika ingin mendapatkan nilai yang lebih bolehlahberkunjung ke Nilai 3 membandingkan harga diantara kedai-kedai di sini dan tawar-menawar harga produk yang ingin dibeli.
JALAN-JALAN CARI MAKAN
Nasi Kerabu
Apabila menyebut Nasi Kerabu atau Nasi Ulam, pastinya yang terlintas dalam fikiran adalah Negeri Kelantan Darul Naim. Terdapat banyak kedai yang menjual Nasi Kerabu di sini dan cara penyediaan adalah berbeza antara satu sama lain. Namun, rasa Nasi Kerabu yang terhasil daripada campuran nasi, serunding ikan, sambal, ulam-ulaman dan beberapa jenis lauk sampingan hampir sama dan mempunyai keunikan citarasa tersendiri.
Nasi Tumpang
Selain daripada Nasi Kerabu, satu lagi makanan yang sinonim dengan masyarakat Negeri Kelantan adalah Nasi Tumpang. Saya difahamkan, nama nasi ini diperolehi daripada proses melapiskan lauk-pauk di antara nasi sebelum dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon. Lantaran banyak lauk yang menumpang di dalam nasi tersebutlah yang menyebabkan ia dikenali sebagai Nasi Tumpang. Rasa nasi ini persis ketupat nasi dan sesuai dijadikan hidangan semasa sarapan pagi.
Kuih Belebat
Kuih Belebat adalah salah satu pencuci mulut yang mesti dicuba sekiranya berkunjung ke Kota Bharu. Mungkin ada yang tidak pernah mendengar nama kuih ini seperti saya. Menurut rakan saya, di tempat-tempat lain kuih ini juga dikenali sebagai Kuih Lepat. Pada hemat saya, walaupun Kuih Belebat dan Kuih Lepat dibungkus dalam daun pisang, namun apa yang membezakan kedua-dua jenis kuih ini adalah rasanya. Ini adalah disebabkan Kuih Lepat biasanya dihasilkan daripada satu jenis bahan utama sahaja, misalnya pisang. Manakala, Kuih Belebat pula dihasilkan daripada campuran beberapa jenis bahan utama seperti pisang dan ubi.
Lawatan saya ke Kota Bharu sudah sampai ke penghujungnya. Sudah tiba masa untuk saya kembali ke Pulau Pinang untuk melaksanakan tugas-tugas yang masih belum selesai. Pengalaman berada di negeri yang kaya dengan seni budaya ini pastinya akan terus dikenang sepanjang hayat. Jika ada kelapangan, InsyaAllah saya pasti akan menjejakkan kaki lagi ke Kota Bharu nan indah ini.
Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan (Istana Jahar)
Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan yang juga dikenali sebagai Istana Jahar telah siap dibina pada tahun 1887. Istana ini asalnya adalah istana Raja Bendahara Tengku Long Kundor Sultan Ahmad yang kemudiaannya dijadikan hadiah perkahwinan kepada cucunda baginda. Istana ini kemudiaannya telah ditukar fungsi menjadi muzium dan telah dirasmikan oleh Sultan Tuanku Ismail Petra pada 27 Julai 1992.
Pintu Gerbang Sultan Ismail Petra
Salah satu ikon Kota Bharu yang perlu dikunjungi adalah Pintu Gerbang Sultan Ismail Petra. Pintu gerbang ini telah dibina sebagai memperingati pengisytiharan Kota Bharu sebagai kota budaya. Keunikan rekabentuk pintu gerbang ini menjadikannya lokasi yang selalu dikunjungi oleh pelancong untuk bergambar kenangan.
Padang Merdeka
Padang Merdeka terletak bertentangan dengan Pintu Gerbang Sultan Ismail Petra dan boleh dikunjungi dengan berjalan kaki dari sana. Padang Merdeka sebelum ini dikenali sebagai Padang Bank dan ditukar nama kepada Padang Merdeka sempena kemerdekaan negara pada tahun 1957. Mengikut sejarah, Padang Merdeka pernah menjadi tempat pahlawan Melayu, Tok Janggut digantung. Padang Merdeka kini menempatkan Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama sebagai mengingati wira-wira yang telah terkorban.
Pasar Siti Khadijah
Pasar Siti Khadijah terkenal sebagai lokasi membeli-belah sekiranya berkunjung ke Kota Bharu. Pasar Siti Khadijah mempunyai tiga tingkat bangunan dan barangan yang dijual adalah berbeza untuk setiap tingkat, iaitu makanan basah di tingkat bawah, makanan kering di tingkat dua dan tekstil di tingkat tiga. Perletakan batu asas Pasar Siti Khadijah telah dilakukan pada 20 Mei 1983 dan mula dibuka kepada orang awam pada tahun 1985. Pada mulanya, pasar ini dikenali dengan nama Pasar Pusat Buluh Kubu dan kemudiannya ditukar namanya kepada Pasar Siti Khadijah pada tahun 1997 mengambil sempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang menjadi contoh kegigihan wanita dalam perniagaan.
Wakaf Che Yeh
Satu lagi lokasi membeli-belah yang patut dikunjungi jika berkunjung ke Kota Bharu adalah Wakaf Che Yeh. Wakaf Che Yeh yang berkeluasan suku ekar terletak kira-kira empat kilometer dari Bandar Kota Bharu. Pada pandangan saya, harga produk di sini dijual harga yang jauh lebih murah berbanding produk sama yang dijual di Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu atau pasaraya di sekitar Kota Bharu terutama produk tekstil. Jika ingin mendapatkan nilai yang lebih bolehlah
JALAN-JALAN CARI MAKAN
Nasi Kerabu
Apabila menyebut Nasi Kerabu atau Nasi Ulam, pastinya yang terlintas dalam fikiran adalah Negeri Kelantan Darul Naim. Terdapat banyak kedai yang menjual Nasi Kerabu di sini dan cara penyediaan adalah berbeza antara satu sama lain. Namun, rasa Nasi Kerabu yang terhasil daripada campuran nasi, serunding ikan, sambal, ulam-ulaman dan beberapa jenis lauk sampingan hampir sama dan mempunyai keunikan citarasa tersendiri.
Nasi Tumpang
Selain daripada Nasi Kerabu, satu lagi makanan yang sinonim dengan masyarakat Negeri Kelantan adalah Nasi Tumpang. Saya difahamkan, nama nasi ini diperolehi daripada proses melapiskan lauk-pauk di antara nasi sebelum dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon. Lantaran banyak lauk yang menumpang di dalam nasi tersebutlah yang menyebabkan ia dikenali sebagai Nasi Tumpang. Rasa nasi ini persis ketupat nasi dan sesuai dijadikan hidangan semasa sarapan pagi.
Kuih Belebat
Kuih Belebat adalah salah satu pencuci mulut yang mesti dicuba sekiranya berkunjung ke Kota Bharu. Mungkin ada yang tidak pernah mendengar nama kuih ini seperti saya. Menurut rakan saya, di tempat-tempat lain kuih ini juga dikenali sebagai Kuih Lepat. Pada hemat saya, walaupun Kuih Belebat dan Kuih Lepat dibungkus dalam daun pisang, namun apa yang membezakan kedua-dua jenis kuih ini adalah rasanya. Ini adalah disebabkan Kuih Lepat biasanya dihasilkan daripada satu jenis bahan utama sahaja, misalnya pisang. Manakala, Kuih Belebat pula dihasilkan daripada campuran beberapa jenis bahan utama seperti pisang dan ubi.
Lawatan saya ke Kota Bharu sudah sampai ke penghujungnya. Sudah tiba masa untuk saya kembali ke Pulau Pinang untuk melaksanakan tugas-tugas yang masih belum selesai. Pengalaman berada di negeri yang kaya dengan seni budaya ini pastinya akan terus dikenang sepanjang hayat. Jika ada kelapangan, InsyaAllah saya pasti akan menjejakkan kaki lagi ke Kota Bharu nan indah ini.
No comments:
Post a Comment