Nota kaki : Saya tidak pasti adakah situasi ini berlaku di dalam tandas wanita
Tuesday, January 31, 2012
DUA SINGGIT, DUA SINGGIT...
Jika memasuki tandas lelaki di pasaraya atau stesen minyak, nombor telefon seperti gambar di atas bukanlah sesuatu yang asing. Kegiatan vandalisme laku musnah di pintu atau dinding tandas seakan menjadi perbuatan yang biasa sahaja dewasa ini. Bukan sahaja perkataan lucah, maki-hamun, kata-kata cinta dan lirik lagu diconteng, malah ada juga yang mengambil kesempatan memperdagangkan diri dengan cara yang mudah. Perbuatan ini amat menjijikkan kerana maruah diri seolah-olah begitu murah dan tidak lagi berharga. Justeru, saya melihat perkara ini adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan oleh pemilik premis. Moleklah kiranya pemilik premis mengambil langkah drastik memadamkan kesemua contengan ini untuk mengelakkan ia terus menjadi nanah dalam masyarakat.
Nota kaki : Saya tidak pasti adakah situasi ini berlaku di dalam tandas wanitakerana saya tidak pernah masuk ke sana atau sebaliknya. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli lelaki menambah dosa, bolehlah menghubungi mereka menggunakan nombor telefon dalam gambar di atas. Murah, dua singgit jeee..
Nota kaki : Saya tidak pasti adakah situasi ini berlaku di dalam tandas wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tandas perempuan pun sama saja... terutama kalau tandas awam yg lama2...
Bersamalah kita berganding bahu membanteras perkara ini daripada terus berleluasa..
Post a Comment