SEJARAH
Mengikut cerita lisan, Mersing mendapat namanya sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh atau Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang. Penduduk asal Mersing dikatakan berhijrah dari Terengganu. Mersing telah mula dibuka pada tahun 1892 oleh Dato' Bentara Luar iaitu Mohd Salleh Bin Perang yang menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing.
KEDUDUKAN GEOGRAFI
Mersing merupakan daerah yang terletak di timur laut negeri Johor dan mempunyai keluasan 2836.6 kilometer persegi. Terdapat 10 buah mukim di daerah ini merangkumi Mukim Mersing (termasuk Pulau Batu Cawan), Mukim Triang (termasuk Pulau Lalang), Mukim Tenglu (termasuk Pulau Setindan dan Pulau Gajah), Mukim Penyabong (termasuk Pulau Pelandok, Pulau Mawar dan Pulau Puchong), Mukim Tenggaroh (termasuk Pulau Kerengga dan Pulau Lilang), Mukim Jemeluang (termasuk Pulau Belunak), Mukim Pulau-Pulau, Mukim Padang Endau, Mukim Sembrong dan Mukim Lenggor.
POPULASI PENDUDUK
Berdasarkan perangkaan yang dijalankan pada tahun 2004, jumlah penduduk di Daerah Mersing adalah seramai 67,557 orang.
ANTARA LOKASI MENARIK UNTUK DILAWATI
Bandar Mersing
Bandar Mersing hanyalah sebuah bandar yang kecil namun mempunyai kemudahan awam yang lengkap. Kebanyakkan kedai disini menawarkan produk berasaskan hasil laut memandangkan kedudukannya yang menghadap Laut China Selatan. Terdapat beberapa tempat yang menarik di sekitar Mersing seperti Tanjung Leman, Air Papan, Penyabong, Taman Negara Endau-Rompin dan pulau-pulau di sekitar perairan Mersing.

Plaza D'Jeti
Plaza D'Jeti merupakan terminal pintu masuk kepada para pelancong yang ingin ke pulau-pulau di sekitar perairan Mersing seperti Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Sibu, Pulau Tinggi dan Pulau Tioman. Kepada para pelancong yang ingin ke pulau-pulau tersebut, bolehlah menggunakan perkhidmatan agen pelancongan yang banyak beroperasi di Plaza D'Jeti. Dihadapan plaza ini, terdapat sebuah menara jam yang akan mendendangkan muzik zapin sebelum jam berdeting, menjadikan ia sebuah menara jam yang sungguh unik bagi saya.

Perusahaan Keropok Hj. Puteh
Sepanjang pantai berhampiran muara Sungai Mersing, terdapat banyak kedai yang menjual hasil laut seperti ikan kering, ikan bilis, keropok lekor dan sebagainya. Namun, saya memilih untuk singgah di Perusahaan Keropok Hj. Puteh untuk membeli keropok lekortakkan nak beli basikal pulak atas saranan seorang rakan. Pada pandangan saya, keropok lekor di kedai ini lebih lembut daripada keropok yang biasa saya makan di tempat-tempat lain.
Kunjungan saya ke Mersing kali ini adalah penamat kepada lawatan saya ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Malaysia bagi tahun 2010. Walaupun hanya berada di sini selama dua hari satu malam, saya masih berpuas hati kerana sempat melawat ke beberapa destinasi menarik di sekitar Mersing yang ternyata mempunyai keistimewaannya tersendiri. Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Mersing, bolehlah melayari portal Majlis Daerah Mersing disini.
Sepanjang pantai berhampiran muara Sungai Mersing, terdapat banyak kedai yang menjual hasil laut seperti ikan kering, ikan bilis, keropok lekor dan sebagainya. Namun, saya memilih untuk singgah di Perusahaan Keropok Hj. Puteh untuk membeli keropok lekor
Kunjungan saya ke Mersing kali ini adalah penamat kepada lawatan saya ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Malaysia bagi tahun 2010. Walaupun hanya berada di sini selama dua hari satu malam, saya masih berpuas hati kerana sempat melawat ke beberapa destinasi menarik di sekitar Mersing yang ternyata mempunyai keistimewaannya tersendiri. Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Mersing, bolehlah melayari portal Majlis Daerah Mersing disini.
No comments:
Post a Comment