SEJARAH
Mengikut cerita lisan penduduk tempatan, Pulau Aman mula diterokai oleh penduduk Kedah pada tahun 1783 dan menjadi tempat perlindungan selepas tercetusnya peperangan diantara Kedah dan Siam. Sekitar tahun 1940-an hingga 1960-an, terdapat sekitar 1000 orang penduduk yang terdiri daripada berbilang kaum tinggal di sini. Namun, penghijrahan besar-besaran ke tanah besar telah berlaku pada tahun 1960-an menyebabkan jumlah penduduk semakin berkurangan.
KEDUDUKAN GEOGRAFI
Pulau Aman terletak kira-kira 16 kilometer nautika dari tanah besar Seberang Perai dan berada dalam daerah Seberang Perai Selatan. Secara amnya, Pulau Aman merupakan salah satu pulau kecil paling hampir dengan Pulau Pinang selain daripada Pulau Jerejak dan Pulau Gedung. Namun, Pulau Aman merupakan satu-satunya pulau yang mempunyai penghuni. Sebanyak 95 peratus Pulau Aman yang berkeluasan 115.2 hektar masih diseliputi hutan. Kepada para pelancong yang ingin ke pulau ini bolehlah menggunakan perkhidmatan bot dari Jeti Batu Musang, Batu Kawan dengan kadar RM 6.00 bagi perjalanan pergi-balik.
POPULASI PENDUDUK
Pulau Aman kini dihuni oleh 249 orang penduduk daripada 40 buah keluarga. Kesemua penduduk adalah terdiri daripada Kaum Melayu. Majoriti penduduk bekerja sebagai nelayan pantai. Ada juga dikalangan mereka yang mengusahakan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) seperti memproses hasil laut, perusahaan membuat Kerepek Sukun dan Homestay.
ANTARA LOKASI MENARIK UNTUK DILAWATI
Restoran Terapung Pulau Aman
Selain daripada terkenal dengan hasil laut seperti belacan dan ikan kering, Pulau Aman juga dikenali dengan keenakkan Mi Udangnya. Salah sebuah restoran yang menyajikan Mi Udang di Pulau Aman adalah Restoran Terapung Pulau Aman. Pada pandangan saya, rasa Mi Udang di sini sedap dan memenuhi selera tekak saya. Namun, saya kurang berpuas hati dengan servis pelayan restoran yang tidak mesra pelanggandan lebih beorentasikan kepada keuntungan semata-mata.
Pokok Sukun tertua di Malaysia
Restoran Terapung Pulau Aman
Selain daripada terkenal dengan hasil laut seperti belacan dan ikan kering, Pulau Aman juga dikenali dengan keenakkan Mi Udangnya. Salah sebuah restoran yang menyajikan Mi Udang di Pulau Aman adalah Restoran Terapung Pulau Aman. Pada pandangan saya, rasa Mi Udang di sini sedap dan memenuhi selera tekak saya. Namun, saya kurang berpuas hati dengan servis pelayan restoran yang tidak mesra pelanggan
Pokok Sukun tertua di Malaysia
Antara pokok buah-buahan yang mendominasi kawasan penempatan di Pulau Aman ialah Pokok Sukun kerana hampir setiap rumah penduduk ditanam dengan pokok jenis ini. Dalam perjalanan saya ke Telaga Emas, saya secara tidak sengaja menemui sebatang Pokok Sukun yang diiktiraf sebagai Pokok Sukun tertua di Malaysia. Pokok Sukun ini telah ditanam pada tahun 1890 oleh seorang guru Al-Quran di Pulau Aman, Tok Awang Bin Akib. Walaupun usia pokok ini telah mencapai 120 tahun, ia masih mampu untuk mengeluarkan buah dalam kuantiti yang banyak.
Telaga Emas
Telaga Emas mula ditemui pada tahun 1789 setelah seorang penduduk yang sedang menggali telaga mendakwa telah menemui sebuah tempayan emas yang kemudiannya bertukar menjadi batu berwarna emas. Namun, analisis yang dilakukan pemerintahan British ketika itu mendapati batu tersebut hanyalah batu biasa yang berwarna emas (Sila klik pada gambar jika ingin membaca sejarah lanjut Telaga Emas). Antara keunikan telaga ini adalah, air tawar dalam telaga dengan air masin daripada laut tidak bercampur walaupun kedudukannya hanya bersebelahan diantara satu sama lain.
Bersiar-siar di sekitar Pulau Aman
Kedudukan lokasi-lokasi menarik yang berdekatan menjadikan berjalan kaki adalah cara terbaik untuk bersiar-siar di sini. Sekiranya para pelancong mempunyai masa yang panjang, bolehlah berjalan kaki melalui beting batu ke Pulau Gedung di sebelah Pulau Aman ketika air surut dan mengutip siput yang banyak membiak di sini.
Secara peribadi, saya berpendapat masih ada ruang untuk membangunkan Pulau Aman sebagai sebuah destinasi pelancongan terunggul. Berbekalkan lokasi bersejarah, keindahan alam semulajadi dan keenakkan makanannya, Pulau Aman mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. Namun begitu, pembangunan ini haruslah seimbang dengan usaha memelihara persekitaran Pulau Aman yang masih belum tercemar. Walaupun pulau ini hanyalah sebuah pulau yang kecil, ia tetap menjanjikan pengalaman yang menarik dan setanding dengan pulau-pulau yang lain.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Gambar sisipan
Semasa kunjungan saya ke Pulau Aman baru-baru ini, saya berkesempatan bertemu dengan produksi drama Seribu Kali Cinta yang kini sedang disiarkan di TV3. Saya tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan para pelakon drama tersebut sebagai kenangan.

7 comments:
sronok sgt g pulu aman ye! hahaha.
Haha.. seronok la juga..
kalau ye pun jgn lha ckp pasal waiter tho kt blog nhe .. nnti karang org b'tanggapan negatif terhadap pend. pulau aman pula . saya harap abg dapat edit semula ayat tu . nmpak x brapa best lha ,, sbab sy pun asal dari sana .
Terima kasih di atas kunjungan adik ke blog saya. Apa yang saya paparkan adalah pengalaman yang saya lalui di sana dan tidak berniat untuk melahirkan anggapan negatif terhadap Pulau Aman. Pada pendapat saya, sikap pelayan restoran itu perlu diubah dahulu sebelum saya dapat mengedit semula ayat tu. Tapi nampaknya bukan saya sahaja menerima layanan kurang mesra, malah adik boleh juga boleh baca di blog ini juga http://sitimurni.blogspot.com/2012/09/unofficial-trip-jrrcmdu-misi-mee-udang.html
memang pelayan kt restoran agak kurang ckit mesra
Nenek moyang saya asal Dari Pulau Aman. Dia pernah jadi bidan di sana.
Ahmad Zamrul : Catatan ini dibuat pada tahun 2011, tetapi jika tuan mempunyai pengalaman yang sama pada tahun 2014, itulah hakikatnya
Post a Comment